Powered by Blogger.
RSS

TOPIK 4 MENINGKATKAN DAYA IMAGINATIF KANAK-KANAK

4.1 kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat  dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam. 4.1.1 Pelbagai Jenis Alat dan Media
(a) Alatan Asas
Alatan-alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon.
(b) Gambar
Gambar-gambar foto ini bolehlah digunakan daripada imej yang pelbagai, contohnya gambar keluarga, haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain. pelajar meniru imej di dalam foto untuk dimanifestasikan di dalam karya lukisan mereka.
(c) Rakaman Video dan Penggunaan ICT
guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada para pelajar di bilik media atau bilik pandang dengar yang terdapat di sekolah-sekolah. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada. penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak dan Internet pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan.

4.2 PENGALAMAN DERIA
Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan.
4.2.1 Cara Belajar
4.2.1.1 Belajar Secara Visual
Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan
gambar.
4.2.1.2 Belajar Secara Auditori
Pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian. Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru.
4.2.1.3 Belajar Secara Kinestetik
Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan. golongan ini memerlukan aktiviti yang lebih berbentuk hands-on.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hasil Murid - Bersukan





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hasil Murid - Hari Ibu




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

REKA BENTUK DALAMAN DAN LANSKAP
Salah satu cara peningkatan kehidupan dalam kediaman atau ruang awam supaya dapat meningkatkan status ruang tersebut agar selesa, selamat dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya. Reka bentuk ruang dalaman terhasil daripada kombinasi beberapa elemen asas seni bina seperti tiang, dinding, lantai, siling dan atap.
Kategori reka bentuk hiasan dalaman terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk ruang kediaman dan reka bentuk ruang awam dan komersil.

REKABENTUK PERSEKITARAN
Lanskap
Lanskap merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara semula jadi ataupun buatan manusia. Ianya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori yang merangkumi lanskap, kediaman, komersial, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam.
Jenis-jenis Lanskap
Lanskap lembut merangkumi penggunaan tumbuh-tumbuhan yang meliputi pelbagai jenis pokok, tumbuhan renek dan tumbuhan tutup bumi. Satu lagi jenis lanskap ialah lanskap keras atau kejur.
Peranan dan Fungsi Lanskap
Secara umumnya, lanskap mempunyai beberapa fungsi dan peranan utama.
(a) Fungsi Fizikal Tumbuhan Lanskap
• mengawal hakisan tanah
• memberi perlindungan dan teduhan
• meredakan iklim
• mengawal pencemaran alam
• menjadi tirai dan dinding
• mengarah pergerakan atau petunjuk arah
• imbangan ekologi dan kehidupan fauna
(b) Fungsi Estetik Tumbuhan Lanskap
• membentuk ruang
• merangka pemandangan
• melembutkan
• mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi
• menjadi penyatu pelbagai elemen
(c) Fungsi Ekonomi Tumbuhan Lanskap
Selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan lanskap mampu
menyediakan pemandangan yang baik dan indah serta memberikan
faedah kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi,
kesihatan, pendidikan dan pelancongan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

KRAF TRADISIONAL DAN DIMENSI BARU
Tembikar/Seramik
merupakan hasil kraf tradisional yang paling awal dapat dikesan oleh tamadun manusia. Ia menggunakan tanah liat yang didapati di kawasan persekitaran atau tepian sungai, sawah dan sebagainya. objek ini berfungsi sebagai bekas kegunaan harian, hiasan dan dalam kematian.
Anyaman
adalah warisan yang terkenal di kawasan luar bandar terutamanya di negerinegeri Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah. Anyaman bukanlah produk tetapi lebih merupakan kemahiran dalam penghasilan produk. Biasanya produk yang dianyam diperbuat daripada daun mengkuang atau pandan, dan dijadikan sebagai perkakas atau objek harian seperti tikar, tudung saji dan sebagainya.
Ukiran
Merupakan sejenis seni warisan yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar yang menjadi identiti ukiran mereka. Antara motifnya ialah awan larat yang mempunyai unsur-unsur flora dan fauna, kosmo, geometri dan lain-lain.
Tekat
Tekat lebih dikenali sebagai tekat bersuji atau sulaman timbul. Ia merupakan seni sulaman benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang diliputi benang emas.
Batik
Produk batik mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu produk pelancongan yang terlaris. Di antara jenis-jenis batik termasuklah batik tulis/lukis, terap/blok, pelangi, skrin dan sebagainya. Motif yang digunakan adalah seperti flora dan fauna, geometri dan sebagainya.
Tenunan
Tenunan adalah proses menjalinkan sehelai benang sehingga menjadi sebidang kain. Tenunan merupakan hasilan jalinan benang losen (benang dasar) dengan benang pakan (benang sisip).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

Maskot
Maskot pula digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil menampilkan ciri-ciri kemesraan.
Tipografi (Muka Taip)
Tipografi merupakan seni menyusun atur atau mereka letak sesebuah muka surat dengan menggunakan huruf untuk mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san serif dan hiasan.
Pembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembungkusan jenis lembut dan pembungkusan jenis keras. Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas, plastik pembalut dan kertas pembalut. Manakala pembungkusan jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya.
Grafik Persekitaran
Ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya berkonsepkan pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di samping mempromosi kepada pembaca dan pengguna.
Ilustrasi
Ilustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan untuk merakamkan legenda dan peristiwa bersejarah. Kini ianya lebih bersifat komersial dan berkembang pesat seiring dengan penemuan teknik percetakan.
Komputer Grafik
Komponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik ialah teks, warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh membantu pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar meningkatkan mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah tersedia dalam pelbagai perisian.
Multimedia
Multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu persembahan dengan menggunakan sokongan teks, grafik, audio dan video. Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

ORGANISASI REKAAN
Komunikasi visual
merujuk kepada pembelajaran yang membolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasil kerja seni. Komunikasi visual terdiri daripada dua tumpuan utama iaitu; reka bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik meliputi pengenalan reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot, kaligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dan komputer grafik.
Poster
merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsi menyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea. Ianya juga merupakan elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya.
Simbol
Ialah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkan daripada imej sumber alam semula jadi dan alam buatan manusia. Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yang terdapat di sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan mudah daripada tanda yang menggunakan teks.
Logo
Logo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firma perniagaan, kelab, persatuan, organisasi dan bandan-badan tertentu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS