Powered by Blogger.
RSS

TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)

Maskot
Maskot pula digunakan untuk menarik minat pada sesuatu sambil menampilkan ciri-ciri kemesraan.
Tipografi (Muka Taip)
Tipografi merupakan seni menyusun atur atau mereka letak sesebuah muka surat dengan menggunakan huruf untuk mendapatkan hasil yang menarik. Terdapat 3 kumpulan muka taip yang diaplikasikan dalam rekaan grafik iaitu muka taip serif, san serif dan hiasan.
Pembungkusan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pembungkusan jenis lembut dan pembungkusan jenis keras. Pembungkusan seni lembut terdiri daripada beg plastik, kertas, plastik pembalut dan kertas pembalut. Manakala pembungkusan jenis keras terdiri daripada kotak, tin, botol dan sebagainya.
Grafik Persekitaran
Ialah reka bentuk grafik yang ada pada alam sekeliling. Ianya berkonsepkan pengiklanan untuk menyampaikan maklumat di samping mempromosi kepada pembaca dan pengguna.
Ilustrasi
Ilustrasi merupakan seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar. Pada zaman dahulu, ilustrasi digunakan untuk merakamkan legenda dan peristiwa bersejarah. Kini ianya lebih bersifat komersial dan berkembang pesat seiring dengan penemuan teknik percetakan.
Komputer Grafik
Komponen grafik dalam perisian menggunakan komputer grafik ialah teks, warna, bentuk, ilustrasi dan garisan yang boleh membantu pelajar. Penggunaan komputer grafik membantu pelajar meningkatkan mutu hasil kerja kerana komponen grafik telah tersedia dalam pelbagai perisian.
Multimedia
Multimedia ialah penggunaan komputer untuk sesuatu persembahan dengan menggunakan sokongan teks, grafik, audio dan video. Ianya menggunakan rangkaian hubungan dan alat untuk membolehkan pengguna melayari, berinteraksi, mencipta dan berkomunikasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS