Powered by Blogger.
RSS

TOPIK 2 TEORI-TEORI DALAM SENI

2.5 TEORI-TEORI KOGNITIF
2.5.1 Teori Gestalt- Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif – minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.

Hukum-hukum Teori Gestalt
(a) Hukum Pragnanz
Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur.
(b) Hukum Persamaan (Similarity)
Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami. Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama.
(c) Hukum Keintiman (Proximity)
Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.
(d) Hukum Lengkap (Closure)
Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama.
(e) Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation)
Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.
(f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character)
Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.
- Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.
- Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri.

2.5.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah.)
-Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka. Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.
- prinsip penyelidikan biologinya :
(a) Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation)
Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif.
(b) Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki
Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS